Tahun Baru Azam Baru 2023~!
RM55.00
Niqab 3 Layer Alhambra
Price RM55.00
Product SKU N3L
Brand SAMS
Availability 16
Quantity
Description

Direka khas oleh pereka kami. Ianya menepati ciri-ciri yang diperlukan oleh mereka yang memakai niqab didalam melakukan aktiviti luar terutamanya dalam tempoh yang lama.

Diperbuat daripada material chiffon yang berkualiti, tekstur fabrik yang tinggi pengaliran udara membuatkan si pemakai selesa untuk bernafas dan beraktiviti dengannya.

Niqab 3 layer AlHambra mempunyai 3 lapisan dimana

lapisan pertama yang dijahit kemas dan tidak jarang untuk menutupi bahagian muka

lapisan kedua dan ketiga yang boleh diselak ke atas kepala boleh digayakan mengikut cita rasa pemakai.

Antara kelebihannya Niqab 3 layer AlHambra ini adalah ia boleh menutup mata menggunakan lapisan kedua terutamanya ketika cuaca berdebu atau berpasir tanpa menganggu penglihatan. Lapisan kedua yang nipis ini mampu melindungi mata dari pasir dan habuk. Teramat sesuai digunakan semasa umrah & haji terutama ketika cuaca berangin dan berpasir.

Tali pengikat niqab yang lebar dan bersambung pada dahi menjadi pilihan kami buat anda untuk keselesaan dibahagian dahi sekaligus memberi simpul ikatan yang kukuh dibahagian belakang kepala.

Mempunyai saiz 15" x 15" yang sesuai untuk menutupi muka dan badan pemakai.